-->
WELCOME (!)

Pages

  • Rumah
  • pasal UMI
  • quotes of the day

BLOG SAYA

Tuesday, October 23, 2012

NOVEL : Rahsia Cinta

Bab 3 : Nufi sedikit terkejut apabila melihat ke arah handphone yang berjenama iPhonenya. 'Muiz? Apa yang dia nak dari aku ni? Malam-malam call.' Getus hatinya. "Helo Encik. Ada apa call saya ni? Terkejut saya." "Nufi, awak dah baca tak emel yang saya hantar tu? Malam esok syarikat ada anjurkan dinner untuk staf. Awak pun dijemput." Nufi sedikit terkejut. Dia teringat ajakan Niq Khairul, teman sepejabatnya. 'Erghhh. Asal lah aku boleh ingat kat mamat kayu ni pulak. Baat sakit hati je.' Niq sering mengganggunya sejak awal dia menjadi pekerja di syarikat itu. "Eh, Nufi. Kau dah ada teman tak nak pergi dinner malam ni?" "Eh, kena ada teman ke? Kenapa Encik Muiz takde cakap apa pun?" Nah. Satu perkara yang paling dia lemah jika menghadiri majlis dinner. Dahulu dia pernah mengikuti ibu tirinya ke majlis makan malam di rumah sahabatnya. Dia terpaksa menjadi teman kepada Zahid, anak sahabat ibunya. "Nufi, sila masuk ke bilik saya." Pintu bilik itu diketuk berkali-kali sebelum dia dibenarkan masuk. 'Ni pun sama jugak. Dasar mamat kayu. Ingat aku ni hamba?' Dia ingin mengeluarkan kata-kata itu, namun hanya tersekat di kerongkong. "Ada apa Encik Muiz? Maaf saya lambat. Saya cuba ketuk, tapi pintu dikunci." "Awak dah ada teman tak untuk malam ni? Kalau takde, awak jadi teman saya." 'Saya nak! Saya nak!' Hatinya berteriak sendiri. "Err.. Saya memang lah takde teman, tapi.....Apa kata pekerja lain? Kenapa tak ajak Vien je? Dia pun takde teman." "Yang saya panggil awak ke Vien? Awakkan. So, saya nak ajak awaklah. Saya tak kira. Awak kena teman saya jugak."
Nonsense Essay by CikBiyy at 5:43 AM 0 Critisize
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, October 20, 2012

NOVEL : Rahsia Cinta

Bab 2 :: Pagi itu Nufi bangun lebih awal daripada biasa kerana dia perlu menyertai mesyuarat tentang idea baru bagi menaikkan lagi nama syarikat FullHouse Gallery, salah satu syarikat fotografi yang dikenali di seluruh dunia. "Saya mengucapkan terima kasih kepada Nufi kerana dia telah menyumbangkan banyak idea kreatif di syarikat ini. Dan saya juga berharap Nufi sekali lagi boleh menyumbangkan sedikit idea bagi projek kita yang seterusnya ini." Kata-kata semangat yang turut terselit pujian yang diberi oleh Tuan Hisham, bapa Muiz yang turut salah seorang yang berpengaruh besar dalam syarikat itu. Beberapa minit selepas mesyuarat itu bermula, Muiz menerima panggilan. Semua mata tertancap padanya dek terkejut dengan bunyi yang agak membingitkan itu. "Saya paling tak suka bila ada yang mengganggu mesyuarat kita." Hanya itu yang diucapkan oleh Tuan Hisyam. 'Eleh,mentang-mentang dia anak tuan besar kat sini,suka-suka je nak buat hal. Tu mesti girlfriend yang call.' Getus naluri kecil Nufi. Setelah mesyuarat selesai, Nufi dipanggil Muiz ke biliknya. Dia menganggap bahawa Muiz hanya ingin mengambil kesempatan dengan menyuruhnya menyiapkan pelbagai kerja. "Fi, tadi saya ternampak awak menjeling saya. Ada ape?" 'Nah,kan dah kena.' "Err, ada ea saya jeling awak. Eh, Encik? Oh, tadi tu saya tengok belakang encik. Ada dinding kat situ." 'Iiihhhh, asal lah jawapan aku sengal sangat. Mengaku jelah yang kau ada jeling dia tadi Nufi.'
Nonsense Essay by CikBiyy at 1:33 AM 0 Critisize
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, October 19, 2012

NOVEL : Rahsia Cinta

BAB 1 :: Bunyi kicauan burung di luar tingkap bilik Nufi Damia sedikit mengganggu tidurnya yang lena. Semalaman dia tidak berhenti memikirkan tentang kata-kata ibu tirinya soal perkahwinan. Seperti ingin memaksa. "Kamu tu dah besar,Fi. Tak payah nak diajar pasal kahwin ni. Umur kamu pun dah masuk 23 tahun. Dah boleh kahwin. Mama dengan Abah bukannya muda lagi. Kami harap dapat timang cucu sebelum mata kami tertutup." Ah. Mama sering bercakap pasal mati ni. Walaupun Puan Mariah hanya ibu tirinya, namun dia tetap menyayanginya seperti ibu kandung. Hari ini merupakan hari yang sangat membosankan bagi Nufi kerana dia perlu keluar mencari kerja. Dia sedar yang dia tidak boleh bergantung harap pada kedua orang tuanya sampai bila-bila. Harapannya dengan berbekalkan sijil SPM serta lulusan LEEDS UNIVERSITY di United Kingdom dapat membantunya dengan mudah. Walaupun hidupnya serba mewah, namun dia sudah diajar sejak kecil bahawa kekayaan bukan segalanya untuk kita capai kejayaan dalam hidup. "Nufi Damia Binti Aznam! Sila masuk ke bilik Pengarah sekarang!" Jeritan itu sudah cukup membuatkan Nufi tersedar dari lamunan. 'Ingat aku ni dah pekak ke?' Pekik nya dalam hati. "Sila masuk. Awak Nufi ya?" 'Cantik pulak orangnya.' Abdul Muiz sudah mula terfikirkan salah seorang pekerjanya yang baru mula bekerja semalam. Sungguh. Dia ikhlas memuji kecantikan gadis itu. Tiba-tiba dia teringatkan tentang pesanan sahabat baiknya yang kini telah bermastautin di Miami. "Jangan pernah melihat dari segi paras rupa seseorang wanita, tapi pandanglah dari segi ketulusan hatinya." Dia yang berusia 27 tahun sudah mula ingin mencari jodoh untuk dijadikan isteri. Dia mula termenung jauh. Teringatkan seseorang.
Nonsense Essay by CikBiyy at 10:24 PM 0 Critisize
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, October 1, 2012

we're besfren till my last breath..

haloooo..hak2.. ok,,entri kali ni aq nk banyak kan cite psl kawan2 aq yang paling aq sayang.. sebab..?sbb diorg selalu ade bile aq susah,,sedey,,hppy..sume lah.. diorg ni kire besties aq smpi mati lah.. ooppsss,,seram lak bile cakap pasal mati nih kan.. back to the main topic.. ok..kawan2 aq memang ramai..tapi ade bape orang je yang sabar ngan aq.. solute korang lah sayang..bio aq masukkan gmbr dulu..
ok2..kt sini ade muke bad,,dila,,husna and tiqa..yang takde jimut je..sebab die tak ikut mase ni..xpe2..habis PMR kite pegi sama2 eah sayang..hak2.. well,,cakap pasal PMR..wahhhhhhhhhhh..cepattt la berlaluuuuu...sudah tidak tertahan untukku menanggung seksa ini..haha ayattt.. now,,aq nak describe pasal sume kawan2 aq yang tercinta nih.. TIQA :: nak kate garang,,die cume tegas je..die memang pantang orang buat hal dengan die,,siap lah.. JIMUT :: jenis yang....yang faham lah..problem aq kalo cite ngan die,,sah cepat settle.. *tangan di bahu..haha* BAD :: ni..haha..garang bukan main..but still,,die baik..die garang kene pada tempat tau...bukan mian redah je.. DILA :: woot~die ni jenis yang sweet..best kalo cite bab hindustan ngan die,,sah sampai taun depan tak abis..haha... CUNA :: comel wooo orangnye..hak2..otak nye yang gile boleh buat orang gile..gurau jak bhaa..act die ni jenis berani..baguslah kan..kaki tido..aq pon same.. KINAA :: ni..hurm..best lah..die ni otak gilerrr...haha..dalam kelas ARAB,,dok sebelah aq..kaki tidur gak la,,macam aq..hak2..kantoii.. MIRA :: die ni pandai sejarah..HISTORY kalo bahase omputihnya..kasar,,tapi dalam hati ade "park" katenye..hek2.. #ade kawan aq yang lain..tapi aq taktau nak cakap ape..yang kat atas tu pon da sampai memory low otak aq nak pikir.. #act sume member2 aq ni,,kalo da bercerita pasal satu2 topik tu..memang pecah gegendang telinga orang yang ade dekat ngan kitorang.. #memang betol lah kate orang,, SAHABAT MENANGIS MEMANG SUSAH NAK CARI,,TAPI SAHABAT GEMBIRA DATANG SENDIRI.. #sampai mati pon,,aq akan tetap kenangkan kenangan kite yups..we're frens till my last breath.. #tunggu entri aq yang akan datang yups..aq nak cite pasal family aq lak..special edition punyerr..tapi mybe lepas PMR la kottt,,takpee..tak lame...pejam celik da abis.. #last,,tenks for being my frens and setia pada persahabatan kita.. <3 sayaaannggg korang banyak2..
Nonsense Essay by CikBiyy at 8:33 AM 0 Critisize
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

MyStatus

ONLINE NIH
MEH BACA

Facebook Ku (!)

Umi Kecik

Create Your Badge

BEWIFME

About Me

My photo
CikBiyy
muar, johor, Malaysia
* umi nur umairah mohamad * 16 y/o on 2013 * very the simple one * could be friend with anyone * paling comel (hehe) * selalu cuba jadi diri sendiri
View my complete profile

frenship daisy

Daisypath Friendship tickers

#JomMenjoyah

Quote of Me

Sakit menyayangi seseorang dalam diam sama macam sakit ditinggalkan . :'D

Rakyat !

Cari Lain !

  • ►  2014 (1)
    • ►  September (1)
  • ►  2013 (8)
    • ►  October (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (18)
    • ►  November (6)
    • ▼  October (4)
      • NOVEL : Rahsia Cinta
      • NOVEL : Rahsia Cinta
      • NOVEL : Rahsia Cinta
      • we're besfren till my last breath..
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)

Mrs. Mohamad's Note


Wish..oh..Wish

chocolate cadburry
besties
family
blackberry
ice cream

Lagu !

COPYRIGHT FOREVER @ ALL RIGHT RESERVED BY UMI KECIK