Saturday, January 12, 2013
Kami Sudah Besar (!)
Assalamualaikum readers ku yang tak berapa nak ramai ni kan . Haha . Ok , dah agak lama aku tak update blog aku nih yang agak dah bersawang serta berhabuk kan walaupun sebenarnya takde pon . Ok-2 . Harini aku nak cerita pasai keadaan aku dengan kekawan aku yang dah jauh beza dengan hidup kitorang yang dulu . Now , kitorang semua batch '97 bakal menginjak dewasa iaitu 16 tahun (chewahh ayat) . Masing-2 dah besar and boleh pikir sendiri satu-2 perkara tu sebelum dibuat . And masing-2 dah berlainan kelas . Ada yang masuk kelas SA , ST , PA , EA (aku lah tu EA) . First day masuk kelas memang agak rasa macam aku baru mendarat dekat planet marikh lah kan . Semua muka baru woooo . Tapi lega sikit lah sebab ada #BadrisyiaZafira dengan #NurAtiqa . (3 tahun satu kelas dengan Tiqa masuk nih 4 tahun) . Apa yang paling aku rindu ? Aku rindu nak gelak ketawa dengan geng-2 lama ofcourse . But I don't need to worry much la kan pasaipa ? Pasai aku selalu pergi jogging dengan diorang tiap hari sabtu or ahad (padahal baru kali ke-2) . And nak tau tak ? Buat pertama kalinya kitorang jogging sampai Parit Yusof . Jauh gile babenggg . Tapi memang happening giler arh pasaipa ? Pasai aku dengan Tiqa dok joget-2 lah , main gitar olok-2 lah , menyanyi lah diikuti Bad dengan Piqa . Perghhh memang caiyokkk . Then kitorang ambik gambar (tukang amik gambar aku kali ni #SitiHazimah dengan #NurHanisSuraya serta #NurIzzatyAziela) . Memacam posing tak berapa nak maut kitorang buat(bak kata orang alang-2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak) . Sampaikan dekat tengah jalan ade motor kereta pun kitorang lenjan ambik gambar . Dulik ape ? Tapi tunggu kereta tu lepas lah kalau tak mati biawak je . Before balik and sambung jogging , kitorang sempat beli cendol (sedappp whoaaa) pastu aku pulak berhenti singgah untuk beli bawang kat satu kedai ni . Tiba-2 aku nampak sorang abang ni . Actually aku minat je dekat abang tu pasal aku suka tengok mata dia . Cantikk ! And gelaran dia ABANG PARANG pasipa ? Pasai dia kerja dekat kedai besi dan segala macam yang sewaktu dengannya lah kan . Then sambung balik jogging and ambik gambar as a memory katanyaaa . Sampai kat satu jambatan tu , kitorang berhenti pasaipa ? Pasai kitorang dah penat yang teramat sangat tahap babun so kitorang ambik keputusan sewajarnya : Naik je motor . You know what ? Motor mase tu cuma ada 2 bijik je . Kitorang yang jogging ade 4 orang . Yang naik motor 3 orang . Satu motor ada dua orang and satu lagi sorang je . Before tu lupa nak cakap ,kitorang sempat lagi ambik gambar . (ape punya anak dara lah ni kan) Nak tau ? Kitorang sekali lagi ambik keputusan yang sewajarnya tapi sebenarnya tak wajar pon : KITORANG PACAK EMPAT and PACAK TIGA !!! Memang gila . Agak kalau lalu jalan besar tu ape orang kata eak ? Nasib lah lalu jalan dalam je . Itupun kitorang jadi famous sekejap pasaipa ? Pasai ade tiga empat orang mamat ni yang naik motor AMBIK GAMBAR kitorang ! Rase macam nak sepak je tapi nasib mase tu masing-2 bengang kan . Ni bukan perasan tapi pasti ! Nasib ler Anis dengan Zetty boleh handle nak bawak kitorang ni semua . Kelakar-2 . Haaaa , nak tengok gambar ? Satgi ceq bagi tengok lepas hangpa bace entry yang tak berapa nak entri ni kan . Jangan gelakkkk haaaaa !
---->jadi model sambilan untuk iklan pokok pisang jak...
---->abaikan aku yang terkangkang tu ok!!
---->krik-3 taktau ape motif nya dengan daun bagai..
---->kami memang pelikk yaaa..jangan heran..
---->aku ibarat kakak dan adik pada diorang..kankankan..?
---->kan dah kata kat tengah jalan pon kitorang lenjan je..
---->kami memang buddies yang gila-2...
---->rakan sekelas selama hampir 4 tahun lamanya.. :')
---->berapa lame duduk sini semata-mata nak amik gambar.. =,='
---->we believe we can flyyyy..! wooohoooo...!
---->motive please..?harhar..
---->we snap snap ! we snap snap ! ~lalalalala lagu riang..
---->ERK..?!kroih kroih kroih.. =,='
P/s : jangan pisahkan kami semuaaa , tuhan tolonglah , ku sayang mereka , biarkan kami , tetap bersama , di dalam suka dan duka .
Subscribe to:
Posts (Atom)